AreYou?
Teman. My Inspiration :)

Saturday, 7 July 2012 @ 18:33 | 0 Comment [s]


pertama sekali, terima kasih kepada Maizatul Ika. bermula dari andalah saya mula mengubah cara saya yang telah saya kenal pasti sebagai salah satu punca kepada kegagalan kehidupan saya. sebenarnya tidaklah ekstrem sangat sampai gagal dalam hidup. maksud saya, gagal dalam beberapa aspek dalam hidup. gagal berfikir selayaknya seorang khalifah Allah berfikir, gagal mengurus segala nikmat pemberian Rabbuljalil, gagal menjalankan tuntutan agama dengan penuh komited. terasa diri benar-benar teruk. tiada misi, tiada matlamat, tiada tujuan. hidup seorang manusia tanpa matlamat yang jelas sememangnya satu perkara yang tragis sekali. apa yang kita perjuangkan dalam kehidupan?kita sendiri kabur dan kurang pasti.

perkenalan dengan beberapa insan hebat memang membawa saya kepada sebuah skop pemikiran, sebuah cara pandangan yang saya tahu mengenainya tetapi jarang-jarang diamalkan. teruk kan? 

soooo dalam entry kali ini, saya mahu mengungkapkan seinfiniti penghargaan buat teman-teman baru saya yang banyak membantu dalam tanpa sedar mereka ialah Nur kamelia , Nursaidah, Nur Syahira, Irdina Amami, Nor Mas Aida, Nur Adilla Fazila, Nadirah, Nur Athirah, Siti Nur Aishah, Noor Zulaika dan ramai lagi. mereka ini sebenarnya terlalu banyak membuka mata saya mengenai kehidupan. kehidupan yang bermatlamat dan berobjektif. kehidupan yang tiada yang mustahil di dalamnya asalkan kita berusaha mencapainya. kehidupan yang penuh dengan suasana yang memotivasikan diri.

seronokkan hidup dikelilingi insan yang positif? mereka inilah salah seorang insan yang sentiasa positif! saya sayangkan mereka ibarat sebuah keluarga yang amat rapat dan mesra! susah senang, suka duka, insyaAllah kita sama-sama harunginya. HEBAT!!

*Ya Allah, Kau permudahkanlah tiap pekerjaan yang kami lakukan. Kau redha dan berkatilah tiap usaha kami demi mencapai matlamat kami. Kau peliharalah ukhwah yang terjalin di antara kami. semoga kami menjadi hambaMu yang bermanfaat kepada manusia lainnya. amin ya Rabb.


Older Post | Newer Post
THE WRITER


Twilight is our life? Really? Your life is sparkling pedophile vampires and oversized hamsters, how interesting !!
FUN SAD HAPPY


Diary About FUN ...


Let's Speak!

You left me here all by myself and now you're far away with someone else. You forgot all about me and the love we once shared but don't worry my love, all those memories and moments I'll keep them deep down in my heart.


The Credits!

Full Edited : Erkha

:)